KUCHING, 19 Mac - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Openg telah hadir ke Majlis Sungkei ( Berbuka Puasa Bulan Ramadhan ) bersama pemimpin dan Ketua Masyarakat dari pelbagai kaum bertempat di Artirum, Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Majlis Berbuka Puasa turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Tan Sri Awg Asfia bin Awg Nasaar, Menteri-Menteri, Timbalan- Timbalan Menteri, YB-YB dan Para pemimpin dan Ketua Masyarakat.
Selesai berbuka puasa, YAB Premier Sarawak dan hadirin menunaikan solat berjemaah Mahgrib dan Isyak serta Solat Terawih berjamaah diakhiri hidangan moreh ( minum malam ).